Jika seseorang tidak takut Tuhan sekiranya dia dapat untung dia akan buat apa sahaja
Dia tidak mengambil kira lagi orang lain susah dan menderita
Yang penting kehendak nafsunya berjaya
Sekiranya dia orang politik, boleh mengampu, berpura-pura, khianat, jatuh-menjatuhkan, sabotaj, suap-menyuap, tipu daya
Jika dia orang ekonomi, tipu-menipu, tidak mahu bayar hutang, janji tidak tepat, menjual harga mahal, bermain riba
Kalau dia pegawai kerajaan, rasuah, bermalas-malas, marah-marah, masa bekerja terlalu berkira, terlalu biokrasi
Buruh kasar lain pula, selalu tuang kerja, berborak-borak, bercerita, menghabiskan masa, suka ponteng kerja, bermalas-malas aja
Jika dia guru, menunggu-nunggu masa untuk balik, bekerja tidak ada jiwa, terpaksa kerana gaji, menjaga murid sambil lewa
Sekiranya imam, bilal atau noja masjid, hendak cepat-cepat tutup masjid, hendak cepat-cepat balik, orang duduk lama sedikit di masjid, hati mendongkol sahaja
Menjaga kebersihan masjid tidak sempurna
Buat kerja bukan dari hati, tapi kerana gaji atau untuk untung peribadi
Ahli-ahli ilmu, pendakwah, aktiviti itu, itulah duitnya, itulah ladangnya atau kelabnya
Berlindung di sebalik kewajipan, sebenarnya cari makan
Kalau dahulu itu satu perjuangan, korban masa, korban harta
kerana menyampaikan risalah Tuhan
Bukan untuk mendapatkan wang, korban lagi wang, kerana itulah Islam berkembang
Islam berkembang di nusantara kerana mereka yang berjuang
Tapi kita berdakwah dan memberi ilmu kerana wang
Ilmu dan dakwah sudah menjadi gelanggang cari makan
Adakalanya untuk buat appointment dengan mereka itu ada tawar-menawar berapa banyak hendak diberi wang
Kalau tidak sesuai dengan bayaran tidak jadi datang
Aduh! Agama sudah jadi ladang atau kilang untuk mendapatkan kekayaan
Tanpa malu dengan Tuhan, dengan Rasul dan dengan pejuang-pejuang yang silam
Begitulah kalau orang sudah tidak takut dengan Tuhan agama sudah jadi
tempat cari makan
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi